Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Monday, February 22, 2010

BAB 13 : Rahsia

Rahman berlari di dalam hujan dengan cemas.Dia baru sahaja melakukan jenayah berat dengan pecah masuk ke rumah orang dan melihat di depan matanya seorang wanita yang sarat mengandung 9 bulan mengerang kesakitan.Dia serba salah jadinya pabila wanita itu memohon kepadanya mencari bantuan.Kaku jadinya pabila tujuan dia ingin mencuri barangan di dalam rumah itu pabila berdepan dengan masalah ini.

“Aku tak bunuh dia…” kata Rahman di dalam hati.Berlari di dalam hujan sambil mengendong bayi yang baru sahaja lahir.Dia bingung dnegan apa yang dilakukannya.Badannya seperti tidak terkawal.Dia telah menculik bayi yang baru lahir dan masih merah berdarah.Itulah hasil dia memecah masuk rumah di hujung kampung itu.

Dia berhenti.Kini dia di hadapan klinik bersalin desa.Dia menyelit masuk melalui pagar dawai yang berlubang sedikit.Bayi dalam dakapannya itu senyap seperti tiada nyawa.Mata tidak terbuka dan senyap sahaja.Rahman sembunyi di suatu sudut bilik.Dalam gempita berbunyi,dia mendengar tangisan bayi.Kilat bersabung dan memancar di dalam bilik yang gelap itu.Baru Rahman tahu yang dia kini berada di dalam bilik akubulator.Terdapat beberapa bayi di hadapannya.Dia mendekati mesin akubulator yang paling dekat.Tiba-tiba kedengaran suara jururawat.Lantas dia letak bayi yang dia dakap itu ke dalam satu akubulator kosong di sebelahnya dan sembunyi di balik pintu.Masuk seorang jururawat dan membawa pergi mesin akubulator keluar dari bilik itu.Rahman senyap.Kini,dia tidak kisah bayi mana yang dia akan bawa pergi.Sebab itu bukan urusan dia.Dia mempunyai rancangan sendiri yang bakal dilaksana esok hari.

*******

Rahman melihat hadi termenung di tangga.Dia menghampiri Hadi dan memberitahu bayinya kini polis temui.Rancangan Rahman Berjaya.Dia member sedikit habuan kepada anggota polis yang merupakan rakannya sejak kecil agar membantu rancangannya berjaya.Rahman tersenyum kerana dia bagai dimaafkan Hadi atas kesilapan tersembunyinya.

“Itulah yang berlaku Diah” kata Pak Lang.Dia mengisahkan rahsia kesilapannya yang dia simpan selama ini.Radiah bukannya anak Hadi.Itulah hakikatnya.Radiah menitiskan air matanya dan berlutut di jalan batu yang terletak di tengah bendang itu.

Rahman berlalu pergi.Radiah masih menangis.Itulah kali terakhir dia melihat Pak Lang.Sejak hari itu,Radiah tidak pulang-pulang ke kampung.Tanah dan kebun ayahnya dibiarkan begitu sahaja.Kini,dia bekerja sebagai CEO di syarikat penerbitan.Sudah lama dia tidak bertemu dengan mak cik Fauziah.Dia seperti ingin lupa kehidupan lalu dan menumpukan kepada kerjaya.

Tapi semua itu hanya rancangan.Tibalah satu hari di Mydin Subang ketika dia membeli belah.Pertemuan yang tidak disangka-sangka terjadi.Dia bahagian makanan ringan.Sedang dia menolak troli mydin,tiba-tiba…..

Thursday, February 18, 2010

BAB 12 : Embun menemani aku

Radiah masih belum dapat melelapkan matanya.Terkebil-kebil melihat ke syiling rumah.Sekejap menghadap kanan,sekejap ke kiri.Dia tidak selesa,bukan kerana tilam yang tidak empuk.Cuma hatinya masih lagi bermain persoalan yang menghantui dirinya baru-baru ini.

“Kenapa aku ni?” pertanyaan yang dilontar kepada dirinya sendiri.Dia bangkit dari katil dan pergi ke jendela rumah.Jendela diselak buka.Kelihatan halaman rumah yang tenang.Bulan hari itu penuh mengambang.Radiah dongak ke langit.Bintang-bintang berkelipan seperti menyapa dirinya.Jarang dia melihat bintang di Kuala Lumpur.

“Mata kamu semua menerima cahaya yang banyak,oleh itu cahaya bintang yang sedikit itu tidak dapat mata kamu semua kesan dan menzahirkannya” kata-kata Cikgu Raja yang mengajar Sains masih lagi Radiah ingat.Cengkerik masih lagi berbunyi dan kabus mula menjelma.Embun pagi menemani dirinya.Selalunya orang tua melarang anak-anak mereka ‘berembun’ sebab takut kurap timbul. “Hehe..” tersengih keseorangan.Ayahnya pernah melarang dia ‘berembun’,dan memori itu masih lagi segar dalam ingatannya.

Kedengaran batuk-batuk kecil di bilik ayahnya.Lantas Radiah menuju ke dapur dan mengambil sedikit air suam di dalam termos.Pintu bilik ayahhnya ditolak.Hadi sedang dudukdi atas katil sambil menggosok dadanya.Radiah duduk di tepi katil ayahnya dan member ayahnya minum.Hadi senyum tanda terima kasih dan dia bersyukur mempunyai Radiah di sisi.Satu-satunya anaknya yang dia punyai di dunia ini.

“Ayah sayang kamu Diah,kamu satu-satunya anak ayah” itu lah yang di katakana Hadi sebelum rebah ke katil.Pengsan.Radiah cemas. “Ayah!!Ayah!!” sambil menggoncang tubuh ayahnya.

******************************************************************

Tanah kubur Hadi masih lagi merah.Radiah duduk di tepi kubur itu sambil ditemani Pak Lang.Sudah 3 hari ayahnya pergi meninggalkan dia buat selamanya.Dia tabah dan redha dengan apa yang berlaku. “Mari kita balik,nak.Hari macam nak hujan ni” kata Pak Lang memujuk Radiah pulang.Dia tidak mahu seperti sebelum ini yang Radiah duduk di kubur itu beberapa jam.Radiah bangun sambil membetulkan tudungnya. “Yatim piatu…kesian budak ni” kata Pak Lang di dalam hatinya.

Mereka berdua berjalan pulang.Melalui kawasan bendang padi yang meluas di kiri dan kanan.Radiah senyap membisu dan berjalan melihat ke tanah.Dia berhenti. “Pak Lang..” katanya yang membuatkan Pak Lang turut berhenti berjalan.Kini,mereka berdua di jalan tengah sawah padi yang meluas.Tiada siapa di situ.Matahari memancar cahaya agak sedikit kerana sebahagiannya ditutupi awan mendung. “Radiah bukan anak ayah kan?” persoalan itu ditanya kepada Pak Lang.Pak Lang tunduk. Dia seperti ada yang mahu diucapkan tapi lidahnya kelu membisu seperti dikunci satu rantai.

“Huuh..” Pak Lang sekadar mengeluh dan berpaling bagi menghadap anak saudaranya itu.Dia rasakan kini sudah tiba masanya rahsia yang dia pegang itu diketahui oleh Radiah.“Sebenarnya sudah lama Pak Lang simpan rahsia ni.Ayah kamu pun tidak tahu.Semuanya bermula dengan…..

Wednesday, February 17, 2010

BAB 11 : Semuanya ujian

“Mama!!!” jerit Daniah. “Sabar sayang,jap ye.Mama tengah cari lilin” balas Humaira.Rumahnya terputus bekalan elektrik serentak ketika Daniah membuka siaran tv. “Hu..hu…” Daniah menangis tersedu-sedu sambil memeluk lututnya.Dia memang tidak suka dengan kesepian.Kini,dia kesepian sementara mamanya mencari lilin di dapur.

“Sayang,jangan nangis lagi.Mama kan ada ni” pujuk Humaira yang memeluk Daniah dari belakang.Daniah perlahan-lahan menghentikan tangisannya. “Ya Allah,mampukah aku menjaga anak aku ini keseorangan?” Tanya Humaira pada dirinya.Belum cukup 24 jam suaminya menghilang,dia sudah tidak mampu memikul beban keseorangan.Air mata hangat mengalir di pipinya tanpa disedari.Anak beranak itu duduk di sisi sinaran samar-samar lilin sementara guruh kedengaran di luar.

********************************************

Hujan.Itulah bunyi hujan yang mampu telinga Fauzi mendengar.hujan seperti membawa berita sedih kepadanya.Dia kini sedang berbaring di atas katil buluh.Dalam sebuah tempat yang diperbuat dari buluh.Dia tidak mampu bergerak ke mana-mana.Badannya sakit.

“Pak,jangan gerak-gerak.Badannya masih sakit.Nanti makin besar itu luka” kedengaran suara wanita di sudut bilik.Dia membelakangi Fauzi. “Orang asli..” itu yang mampu Fauzi ucapkan.Kepalanya pening dan semuanya gelap….

*********************************************

“Mama citer pasal Radiah nak?” Tanya Humaira. “Erm..” Daniah menjawab tanda setuju.


Radiah berdiri di hadapan rumahnya.Dia baru sahaja tiba di kampung halamannya.Hatinya dikuatkan agar pulang dan bertanya kepada ayahnya mengenai apa yang berlaku.Ketika itu jugalah Hadi pulang dari kebun dengan basikalnya.Dari jauh dia tersenyum pabila melihat anak gadisnya berdiri di laluan masuk ke halaman rumahnya.

“Lama kamu di sini?” tanya Hadi sambil bersandar di tiang rumahnya setelah menjamu makan malam. “4 hari je cuti yang Diah dapat Yah” jawab Radiah sambil melihat gambar ayah dan ibunya yang berada di dalam almari kaca.Dia masih menunggu peluang dan masa yang sesuai untuk bertanya soalan yang menghantuinya.

“Er..Ayah,kenapa muka Mak tak sama ngan Diah?” cara pertanyaan yang Berjaya dia temui. “Ala….semua orang bukan semestinya ikut muka mak ayah diorang” jawab Hadi sambil menggulung rokok daun.

“Tapi,ada makcik cakap yang ayah bukan ayah kandung Diah” kata Radiah sambil duduk bersimpul di tepi Hadi. “Sape??!!!” tengking Hadi.Dia berdiri dan meludah keluar rokok daun keluar tingkap dan masuk ke biliknya.Pintu bilik dihempas tanda kemarahan melanda dirinya.Radiah keseorang di ruangtamu sambil ditemani bunyi nyanyian cengkerik di luar…

Monday, February 15, 2010

BAB 10 : Bila papa nak balik?

Seperti hari-hari lain,Fauzi keluar di awal pagi bagi mencari rezeki bagi menyara keluarganya.Jam menunjukkan tepat pukul 6 pagi.Matahari masih lagi belum memancarkan sinarnya dan embun masih belum tersejat.Humaira di dapur sibuk menyediakan sarapan suaminya.Roti bakar dan telur goreng menjadi menu sarapan Fauzi hari ini sebelum bergerak ke pejabatnya.

Pintu kamar Daniah ditolak.Daniah masih lagi diulit mimpi di atas katil pinknya.Fauzi mendekati katil itu dan tunduk mencium dahi Daniah.Sambil membaca doa pemberian arwah ayahnya yang merupakan bekas imam masjid.Doa penerang hati dan zuriat solehah dibaca di telinga kanan anak tunggalnya itu.Itu jugalah yang selalu arwah ayahnya lakukan setiap hari sebelum keluar mencari rezeki.

Fauzi melangkah pergi.Dia berhenti.Berpaling melihat anaknya. “Papa nak pegi keje ye?” tanya Daniah tangan kanan memegang tangan Fauzi dan tangan kirinya mengosok-gosok matanya yang kuyu. “Ye sayang..Daniah duduk rumah elok-elok ye.Dengar cakap mama” pesan Fauzi yang melutut di depan Daniah sambil menyelimuti tubuh kecil itu. “Ermm..assalammualaikum papa” ucap Daniah sambil menutup mata.

********************************************************

Seperti sekelip mata semua tu terjadi.Fauzi tidak percaya apa yang dah terjadi.Kereta yang dipandunya tadi kini di dalam keadaan terbalik.Dia sedang mengerang kesakitan sambil merintih pertolongan.Tiada tempat yang ingin dia mintak pertolongan selain daripadaNya. “Ya Allah,bantulah hambu mu ini”.Baru dia teringat bagaimana semua itu terjadi.

Kereta yang dipandunya tadi dipotong sebuah lori di lereng bukit.Pemandu lori itu kelihatan mabuk dan tiba-tiba melanggar belakang keretanya.Kemudian,sekelilingnya gelap hingga lah dia tersedar dalam keadaan terbalik.

Fauzi melihat ke belakang melalui cermin sisi keretanya.Kelihatan sepasang kaki gelap menghampirinya.Dan…

***********************************************************

“Mama,mana papa ni?” tanya Daniah pabila dia merasakan papanya pulang lewat dari pejabat.Humaira senyap.Pagi tadi dia menerima panggilan dari pejabat yang memberitahu Fauzi tidak datang ke pejabat.Hatinya risau.Jam menunjukkan pukul 12.15 malam.Suaminya tidak dapat dihubungi sejak pagi tadi.

“Papa ada kerja la tu” itu hanya mampu dia menjawab soalan anak kecil itu.Dia mampu tersenyum sedikit bagi mengurangkan kerisauan anaknya. “Daniah tidur la dulu ye..mama pi wat susu” kata Humaira sambil pergi ke dapur.

Daniah duduk bersila di hadapan tv dan membukanya dengan alat kawalan di tangannya,Kemudian….

Tuesday, February 9, 2010

BAB 9: Sesal

“Ira!!” laung Razak memanggil anak gadisnya yang berlari tanpa arah tujuan. Razak mengejar anaknya itu meninggalkan Radiah dan Fauziah di taman. Gadis itu terus berlari tanpa mengendahkan panggilan namanya. Insan yang kini memangil dan mengekorinya kini bukan lagi bergelar “ayah” bagi dirinya kerana semua kebenaran sudah dia ketahui. Dia tidak peduli yang dia ini sekadar anak angkat atau pungut. Yang muktamadnya Razak bukan ayah kandungnya. Selama puluhan tahun dia duduk bersama,menagih kasih sayang daripada seseorang yang bukan ayahnya. Sedih dan perit hatinya,bagai ditoreh. Luka ini bakal kekal buat selamanya.

“Sekarang camne ni makcik?” tanya Radiah kepada Fauziah pabila mereka berdua sahaja di taman. “Kita pulang,lain hari kita ke mari lagi” jawab Fauziah sambil melangkah pergi.

“Ayah tak tahu apa-apa pun!!” separa jerit suara Razak kedengaran di rumah bangle miliknya. Tadi,anaknya berlari menuju ke rumah dan mengurung diri di dalam bilik hingga sekarang.Razak berusaha memujuk anak gadisnya itu.Senyap.Razak terduduk di depan pintu,dia kepenatan.Kini,dia berputus asa.Dia bangkit dan mula menapak ke bilik.

Beberapa tapak sahaja,pintu bilik yang terkunci tadi terbuka dan anak gadis Razak berlari ke arahnya.Lantas memeluk Razak. “Ira tak nak ayah pergi” kata anak gadis itu sambil mengalir air mata di pipinya.

Razak mengesat air mata yang bergenang di kelopak matanya. Dia bagaikan merasai satu penyesalan.Kenapa mesti Fauziah muncul pada masa ini? persoalan ini bermain di dalam kota pemikiran Razak ketika itu.

“Dah lewat ni Daniah,mai balik tidur” ajak Humaira. Jam menunjukkan tepat jam 9.30 malam.Semua pesakit di wad itu mahu merehatkan diri. Fauzi sudah bersedia di dalam kereta dan adik Humaira sudah pulang ke rumah.

“Ala…Dani nak tido ngan atok” rintih si anak dengan nada manja. “Atok kena tido sorang-sorang la” atoknya menjawab sebelum Humaira membuka mulut. “Esok kita datang lagi ye mama” ajak Daniah selepas mencium tangan atoknya itu.

Mereka berdua berjalan pergi dan meninggalkan lelaki yang bergelar atuk itu sendirian di katilnya.Mata lelaki itu mengekori dua beranak itu hingga hilang dari pandangannya.

“Cucu aku dah besar.Perangai sama je ngan maknya” ucap lelaki itu sebelum membaringkan dirinya di katil atas katil.Matanya terkebil-kebil menunggu wad ditutup lampu.

Gelap.Lampu wad ditutup.