Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Tuesday, December 15, 2009

BAB 4:Ku Lihat Dia Membesar

Daniah menghampiri mamanya perlahan-lahan.Tika itu Humaira sedang mengemas meja kerja suaminya. “Assalammualaikum mama..hehe..” ucap Daniah sambil tersengih-sengih umpama kerang busuk. “Wa’alaikumsalam.Anak mama nak apa ni?” tanya Humaira walaupun sudah mengetahui apa yang dimahukan oleh Daniah.Seperti malam sebelum ini,tepat jam 11 malam Kisah Tidurmu membuka tirai. “Ala..mama saje je kan?” rungut Daniah pabila mendengar soalan mamanya itu. “Ye la..sebelum tu mama nak dengar.Apa nama-nama muazzin(tukang azan) Rasulullah?” soal Humaira sebelum memulakan bercerita. “Ermm..jap-jap,Dani nak ingat balik.Ha! 1..Bilal ibn Rabah 2..Abdullah ibn ‘Amru ibn Ummi Maktum al A’ma 3..Sa’d al Quraz 4..Abu Mahzurah.Betul tak?” dengan petah Daniah menjawab.Sedikit pun tidak silap nama-nama muezzin Rasulullah.

Pendekatan yang elok disemai dalam diri anak kecil itu.Segala yang berkaitan Rasulullah diterap ilmunya ke dalam ingatan anak kecil itu. “Betul semuanya.Pandai anak mama.Jom pi naik katil” ajak Humaira sambil mengelap tangannya dengan sehelai kain.

“Mana baby tu mama?” tanya Daniah setelah berada di atas katil di kamarnya. “Sabar la.Ee..geramnya.Tunggu mama citer dulu baru tahu.Ok?” balas Humaira sambil mencubit pipi gebu anaknya itu. “Sakit ar!!” jerit Daniah.Kisah bermula…

“Anak kita..”. “Bang!!anak abang!!” laung Pak Ngah dari bawah rumah sambil menuju kea rah Hadi.Bayangan Edah lesap.Kini dia melihat Pak Ngah berada di hadapannya.Pak Ngah memegang bahu Hadi dan berkata “Polis dah jumpa anak abang.Kat hentian bas sana” kata Pak Ngah sambil jarinya menuding ke satu sudut rumah.Hadi seperti orang gila.Tersenyum….

Radiah.Satu nama yang diberi kepada anak tunggal Hadi dan arwah Edah.Kini 14 tahun berlalu.Hadi sudah boleh melupakan trajedi yang berlaku.Tetapi cintanya hanya pada Edah.Dah banyak janda mengacaunya pabila dia menjadi duda.Radiah kini belajar di sekolah menengah satu-satunya di kampung itu.Anak gadis yang manis senyumannya.Cuma keras kepala sama seperti arwah Edah.

“Radiah! Ayah mahu ke kebun.Jangan lupa kunci pintu ye!!” laung Hadi dari atas basikalnya.Cuaca mendung ,kelihatan awan gelap menutup sinaran matahari.Hadi mengayuh basikal tuanya yang uzur menuju ke kebun.Radiah keseorangan di rumah.Pabila dia mahu menutup rapat daun pintu.Satu tangan dari luar menahan pintu dari ditutup.Dan….

“Krinngg!!krinngg!!” . “Mama pi jawab telefon dulu ye.Nanti mama sambung” kata Humaira pabila kedengaran telefon berdering di ruang tamu.Deringan senyap pabila telefon diangkat.

“Mira! Ayah kemalangan masa balik surau tadi.Sekarang kat ICU Hospital Seremban.Datang cepat tau”ucap satu suara di hujung corong telefon. “Astaghfirullah,sekejap lagi Mira dating lepas abang Fauzi balik.Diah call semua keluarga,bagitau pasal ni” balas Humaira.Hatinya tidak tenang.Seperti kaca yang dihempas ke batu.Hatinya gelisah pabila terbayang wajah ayahnya. “Kenapa mama?” soal Daniah.

“Atuk kamu sayang….” Itulah jawapan yang mampu Humaira berikan.

BAB 3:Sambung la Lagi

“Mama!!!!”laung Daniah dari kamarnya.”Allahuakbar!!”jerit kecil Humaira terperanjat.Dia baru sahaja mahu melangkah masuk ke kamar tidur.Fauzi sekadar tersenyum melihat isteri tercinta tercegat di muka pintu lantas berkata”Pi la tengok apa yang anak nak tu”.Sekadar mengangguk kepala dan terus menuju ke kamar Daniah.

“Mama!!kata nak sambung citer semalam”Daniah mula memasamkan mukanya.Humaira masih mampu melayan kerenah anaknya yang tak putus-putus manjanya.”Apa ni..dah la,jangan merajuk.Sama je cam Radiah”dengan selamba Humaira memujuk.”Radiah??sape tu Ma?”soal Daniah.Kisah bermula…

Hari demi hari berlalu hinggalah tiba suatu hari yang mendung.Hadi kini sedang menyorong basikal tuanya keluar dari bangsal.Itulah kenderaan yang dia ada.Nak beli motorsikal pun tidak mampu,apatah lagi kereta.”Nak hujan ni..”bisik Hadi di dalam hatinya.”Bang..hati-hati ye”suara Edah kedengaran.Lantas,Hadi meninggalkan basikalnya jatuh ke tanah dan memegang kedua-dua bahu Edah.”Kan abang dah kata,jangan kuat berjalan.Susah kalau jadi apa-apa.Dah-dah,pi naik”pinta Hadi.Edah naik ke biliknya.Pabila Edah hilang dari pandangannya,Hadi mula mengayuh basikal menuju ke kebun.

Hujan mula turun renyai-renyai.Hadi berlari menuju ke pondok kebunnya.Dia meneguk kopi panas yang dibawa dari rumah tadi.”Bumm!!”gurun berdentum.”Masya’allah!!kenapa hati tak sedap ni?”ucap Hadi lantaran dentuman guruh tadi.”Tak boleh jadi ni..Edah!!”nama isteri tercinta timbul di kotak pemikiran Hadai.Dia meredah hujan berlari ke arah basikalnya dan mengayuh deras pulang ke rumah.

Sementara itu,Edah sedang menjerang air di dapur.Dari belakangnya,satu susuk tubuh menghampirinya perlahan-lahan.”Edah..”suara garau kedengaran.Tika itu jugalah perutnya berasa sakit sangat dan dia berpaling melihat dari mana suara itu datang dan “Ha!!!!!!!!!”jeritan Edah memecah kelebatan hujan…

Semua berakhir,Hadi kini berada di sisi sekujur tubuh insan yang dia sayang.Polis dan ambulans dalam perjalanan.Kini,Edah sudah tiada.Pergi meninggalkannya selamanya.Dia menangis teresak-esak.”Edah..kenapa kau pergi dulu?”persoalan yang tiada balasan.Anaknya dalam kandungan Edah lesap.Itu yang merunsingkan lagi Hadi.Ke mana perginya bayi itu??.

Dua hari berlalu..Hadi masih lagi belum boleh menerima pemergian isterinya.”Abang,janganlah macam ni..Edah dah buat terbaik layan abang kan?”halusinasi Hadi mencipta “Edah” yang cuba memujuk dirinya.”Kenapa Edah pergi dulu?”soal Hadi.”Dah tiba masanya abang..”balas Edah sambil tersenyum.Sekuntum senyuman yang menimbulkan kegembiraan hati selama ini tidak lagi ber”kuasa”.”Anak kita mana Edah?”soalan yang menghantui Hadi.”Anak kita…

“Dah lewatkan ni..Humaira,sudah la tu.Kang anak kita tak tidur lak”ucap Fauzi yang berada di muka pintu.”Hehe..dah ye..tidur-tidur.Esok Mama sambung”kata Humaira kepada Daniah.”La…Papa suka potong line citer.Boleh la sikit lagi”pujuk Daniah.”Dah lewat ni.Esok kang bangun lambat”permintaan tak ditunaikan.”Erm..selamat malam”ucap Daniah kepada kedua ibu bapanya.Fauzi masuk ke kamar tidurnya.Ketika Humaira menutup daun pintu,Daniah bertanya”Mama!Radiah tu sape???"

BAB 2:Anak Kecil itu

Pada zaman dahulu,di sebuah kampung terdapat sepasang suami isteri yang tinggal jauh dari rumah penduduk yang lain.Si isteri sudah lama menginginkan cahaya mata,begitu juga si suami.Sekian lama mendirikan rumahtangga,pasangan itu masih lagi belum menimang anak.Hinggalah tiba suatu hari…

“Selamat pagi Edah..sihat?”sapa si suami yang baru pulang dari kebun.Berpakaian lusuh sambil membawa sebatang cangkul di bahunya.Keringat-keringat mula meleleh di dahinya.Si suami menghabiskan tenaga bagi menyara keluarga tercinta.”Entah la bang,pagi tadi Edah muntah.Sekarang ni pening kepala la”balas si isteri sambil mengelap keringat suami tersayang.”Lepas ni kita ke rumah Pak Lang.Kita tengok apa masalahnya.”balas si suami bagi meredakan kerisauan di dada isterinya.

“Eh2..lupa pulak,si suami namanya Hadi dan isterinya Edah…sambung balik ye”ucap Humaira.”Mama ni lupa je..huhu..cepat la sambung”desak anak kecil yang sedang berbaring di pangkuan Humaira.

“Isteri kau di masuk orang Di”kata-kata itu membuat Hadi terperanjat ”Ha!!”.”Betul..dia dimasuk orang.Eish,bukan kena sampuk la.Dia berbadan dua,tahniah la”sambil tersenyum.”Ha!!!aku jadi bapak la ni?yahoo!!!”tanpa melihat kiri dan kanan dia terus berlari mendapat kan isterinya di dapur.”Mmmuuaah..alhamdulillah,kita bakal membina masjid yang lengkap yakni ada ma’mum”satu kucupan hinggap di pipi Edah.Muka Edah mula menjadi merah disebabkan kucupan tadi.”Edah tahu lama dah bang,Cuma Edah nak abang tahu sendiri”ucap Edah pabila melihat suaminya kegembiraan.”Macam-macam la isteri abang ni”katanya sambil menuju ke pintu rumah yang terbuka luas.

“Abang nak ke mana tu?”soal si isteri pabila melihat tingkah laku suaminya.”Nak bagi tahu semua yang abang bakal dapat anak!!”laung si suami sambil mula mengayuh basikal tua hijaunya.Habis satu kampung Hadi pusing sambil laung”Aku bakal jadi ayah!!!”.Semua penduduk kampung tersenyum melihat apa yang Hadi lakukan.

Dalam menuju tarikh kelahiran yang pasangan itu tunggu-tunggukan,Hadi menjaga Edah serapi-rapinya.Selama ini Edah yang sediakan sarapan,kini hadi bangun awal untuk sediakan sarapan sendiri dan membawa sarapan Edah hinnga ke katil.Selama ini tidur Edah tubuhnya dihisap nyamuk akan darahnya,kini kelambu menghalang nyamuk di malam hari.Macam-macam sudah Hadi lakukan agar Edah bahagia dan tidak susah dalam tempoh mengandung.

Hari demi hari berlalu hinggalah suatu hari….


“Pin!pin!”bunyi hon Proton Wira kedengaran di luar rumah.”Dah-dah,papa dah balik tu.Pi sambut papa”arah Humaira.”Ala..papa kacau la”balas Daniah sambil bangun menuju ke pintu rumah.

“Anak papa tak tidur lagi ye?kenape?”tanya Fauzi yang baru masuk ke rumah.”Tak boleh tido la..pastu Mama citer beeeeesstt…”tutur anak kecil itu.”Iye…bagus la,ni papa ada belikan Cornetto”layan Fauzi akan anak tunggalnya sambil memberi plastik barangan.”Ye..ye..Cornetto!!”dengan girang Daniah berlari menuju ke dapur.

"Anak kita dah besar bang,tiba masa dia belajar semuanya”ucap Humaira.

BAB 1:Mama..adik tak boleh tidur

Nama saya Humaira bt Sa’don.Saya baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran satu-satunya anak tunggal saya dan suami tercinta,Fauzi b Akmal.Nur Daniah…itu nama yang tiap-tiap hari saya dan suami tuturkan setelah lama memikirkan nama yang sesuai bagi anak kecil itu.Kami bertiga tinggal berjauhan dari bandar kerana suasana yang tenang dan terhindar dari anasir-anasir negetif perlu dititik beratkan dalam proses pembesaran anak yang suci seperti kain putih.Umur Daniah mencecah 6 tahun.Kini sudah tiba masanya dia mempelajari suasana kehidupan sebagai seorang insan di muka bumi ini.Bermula malam ini,saya akan memceritakan sedikit-sebanyak kisah-kisah yang penuh teladan agar dia dapat pengajaran sebagai bekalan hidupnya kelak.

“Kejap ye adik..mama nak bancuh susu dulu”laung Humaira pabila mendengar kalimah “mama” terpacul di bibir anak kecil yang berdiri di tepi pintu.Berpakaian tidur berwarna biru dan tangannya memegang anak patung beruang.Patung itu diseret ke sana ke mari.Jarinya tidak lekang di bibir dan pipi gebunya itu penuh berwarna putih dek lapisan bedak.

“Mama..Dani nak tido ar..”rengek anak kecil dengan nada merayu agar mamanya lakukan pekerjaan dengan pantas.”Dik,bukan Dani..Daniah.Penat tau Papa dan Mama letak nama sedap tu”tegur Humaira lembut.Daniah sekadar tersenyum.Terserlah lesung pipit di tepi bibirnya yang kemerahan.Anak kecil itu mula gelisah dengan mengambil sudu besi yang terjatuh di lantai dan mula bermain.Imiginasi anak kecil itu hampir pergi jauh.Namun,Humaira segera mengambil sudu besi itu sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Adik..jom masuk bilik.Masa tidur dah sampai..adik budak baik kan..”pujuk Humaira sambil mengelap kering tangannya yang basah.Perut tangannya di sambar Daniah dan mereka berjalan menuju ke kamar tidur anak kecil itu.

“Tidur ye..mmuuaah”ucap Humaira sambil mencium dahi Daniah.Lantas Humaira bangkit dari katil anaknya itu sambil memadam lampu kecil di sisi katil.Berjalan perlahan-lahan kebelakang sambil melihat wajah ayu anak kesayangannya itu.Pintu ditutup rapat.

Beberapa tapak sahaja Humaira melangkah ke ruang tamu untuk menunggu suami kesayangan pulang dari mencari rezeki,kedengaran suara rengekan di belakangnya.”Mama…Dani tak boleh tido la..huhu”.Senyum,itu lah yang mampu seorang ibu lakukan.Melayan kerenah manja anak yang sorang.”Tu la,mama cakap adik jangan tidur petang.Kan dah tak boleh tidur”balas tutur Humaira lembut bagi memujuk anaknya yang berasa tidak selesa dengan matanya yang tidak dapat dilelapkan.

“Adik..mari sini duduk ngan mama.Mama nak citer Kisah TidurMu”panggil Humaira.”Yeye..”dengan riangnya Daniah berlari menuju ke arah mamanya.Daniah baring di pangkuan mamanya yang sedang melipat kain jemuran.

“Kisah nya bermula…..

Bermula kisah seorang ibu memberi pembelajaran kehidupan kepada anak kecilnya…..