Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Tuesday, December 15, 2009

BAB 3:Sambung la Lagi

“Mama!!!!”laung Daniah dari kamarnya.”Allahuakbar!!”jerit kecil Humaira terperanjat.Dia baru sahaja mahu melangkah masuk ke kamar tidur.Fauzi sekadar tersenyum melihat isteri tercinta tercegat di muka pintu lantas berkata”Pi la tengok apa yang anak nak tu”.Sekadar mengangguk kepala dan terus menuju ke kamar Daniah.

“Mama!!kata nak sambung citer semalam”Daniah mula memasamkan mukanya.Humaira masih mampu melayan kerenah anaknya yang tak putus-putus manjanya.”Apa ni..dah la,jangan merajuk.Sama je cam Radiah”dengan selamba Humaira memujuk.”Radiah??sape tu Ma?”soal Daniah.Kisah bermula…

Hari demi hari berlalu hinggalah tiba suatu hari yang mendung.Hadi kini sedang menyorong basikal tuanya keluar dari bangsal.Itulah kenderaan yang dia ada.Nak beli motorsikal pun tidak mampu,apatah lagi kereta.”Nak hujan ni..”bisik Hadi di dalam hatinya.”Bang..hati-hati ye”suara Edah kedengaran.Lantas,Hadi meninggalkan basikalnya jatuh ke tanah dan memegang kedua-dua bahu Edah.”Kan abang dah kata,jangan kuat berjalan.Susah kalau jadi apa-apa.Dah-dah,pi naik”pinta Hadi.Edah naik ke biliknya.Pabila Edah hilang dari pandangannya,Hadi mula mengayuh basikal menuju ke kebun.

Hujan mula turun renyai-renyai.Hadi berlari menuju ke pondok kebunnya.Dia meneguk kopi panas yang dibawa dari rumah tadi.”Bumm!!”gurun berdentum.”Masya’allah!!kenapa hati tak sedap ni?”ucap Hadi lantaran dentuman guruh tadi.”Tak boleh jadi ni..Edah!!”nama isteri tercinta timbul di kotak pemikiran Hadai.Dia meredah hujan berlari ke arah basikalnya dan mengayuh deras pulang ke rumah.

Sementara itu,Edah sedang menjerang air di dapur.Dari belakangnya,satu susuk tubuh menghampirinya perlahan-lahan.”Edah..”suara garau kedengaran.Tika itu jugalah perutnya berasa sakit sangat dan dia berpaling melihat dari mana suara itu datang dan “Ha!!!!!!!!!”jeritan Edah memecah kelebatan hujan…

Semua berakhir,Hadi kini berada di sisi sekujur tubuh insan yang dia sayang.Polis dan ambulans dalam perjalanan.Kini,Edah sudah tiada.Pergi meninggalkannya selamanya.Dia menangis teresak-esak.”Edah..kenapa kau pergi dulu?”persoalan yang tiada balasan.Anaknya dalam kandungan Edah lesap.Itu yang merunsingkan lagi Hadi.Ke mana perginya bayi itu??.

Dua hari berlalu..Hadi masih lagi belum boleh menerima pemergian isterinya.”Abang,janganlah macam ni..Edah dah buat terbaik layan abang kan?”halusinasi Hadi mencipta “Edah” yang cuba memujuk dirinya.”Kenapa Edah pergi dulu?”soal Hadi.”Dah tiba masanya abang..”balas Edah sambil tersenyum.Sekuntum senyuman yang menimbulkan kegembiraan hati selama ini tidak lagi ber”kuasa”.”Anak kita mana Edah?”soalan yang menghantui Hadi.”Anak kita…

“Dah lewatkan ni..Humaira,sudah la tu.Kang anak kita tak tidur lak”ucap Fauzi yang berada di muka pintu.”Hehe..dah ye..tidur-tidur.Esok Mama sambung”kata Humaira kepada Daniah.”La…Papa suka potong line citer.Boleh la sikit lagi”pujuk Daniah.”Dah lewat ni.Esok kang bangun lambat”permintaan tak ditunaikan.”Erm..selamat malam”ucap Daniah kepada kedua ibu bapanya.Fauzi masuk ke kamar tidurnya.Ketika Humaira menutup daun pintu,Daniah bertanya”Mama!Radiah tu sape???"

No comments:

Post a Comment