Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Tuesday, March 23, 2010

BAB 14 : Kesabaran

Fauzi masih lagi belum mampu bangun dari tempat pembaringannya itu.Tulang belakangnya mula sakit setelah beberap hari terlantar di atas buluh-buluh yang diikat kemas.Kepalanya berdenyut-denyut.Dia cuba bangun,tapi tidak mempunyai kudrat.Baru dia sedari yang di kirinya terdapat seorang budak yang sedang mengasah buluh.

“Pak,kamuk suda sedarr?” tanya budak yang kemungkinan berumur 6 tahun.Fauzi tersenyum,tika ini jugalah air matanya mengalir perlahan di pipi. “Daniah..” perkataan yang terpacul dari mulutnya.Dia tidak tahu nama siapa yang dia ucapkan kerana dia kini hilang ingatan akibat hentakan yang kuat di bahagian kepalanya.

“Namma akuk Jali,inik umah bapak akuk,Mastod” ringkas pengenalan bagi fauzi yang baru sahaja sedar.Otaknya ligat berputar bagi memahami dan menafsir setiap perkataan yang disebut oleh anak kecil itu.Matanya perlahan-lahan terkatup…

*****

“Mama,papa bila nak balik ni?lama betul papa keluar pegi keje” soalan itu sentiasa ditanya Danaih setiap sejam sekali kerana kerinduan kepada bapanya kini sudah sampai kemuncak.Diam sambil melarikan kerisauan dari diri anak kecil itu sahaja mampu Humaira lakukan. “Papa keje luar la dik” itu sahaja jawapan yang mampu menyenyapkan seketika Daniah dari bertanya lagi.

Humaira melihat ke luar jendela.Matanya terus tertumpu ke pagar gerbang rumahnya.Mengharap kereta suaminya masuk ke halaman rumah.Semua itu hanya harapan yang masih belum terjadi.Pihak polis masih lagi menjejaki suaminya setelah bangkai kereta ditemui di dalam gaung.Hatinya sentiasa berdoa agar ditemukan semula dengan suaminya tercinta.Dia mahukan kehidupan bahagia yang dulu.Doa dan harapan sahaja yang mampu dia sandarkan….

*****

Pintu pondok terkuak.Kelihatan seorang tua berbadan tergap berkulit gelap melankah masuk menuju ke pembaringan Fauzi.Dia memeriksa luka-luka di badan Fauzi sambil meletak sedikit herba-herba yang dikutip di hutan.Atas pembeljaran tidak formal la dia berjaya mengenali daun-daun hutang yang mempunyai kelebihan menyembuh.

Mastod.Nama itu mampu mengegarkan hati siapa yang mendengar.Nama itu pernah masyhur dengan terselamatnya beliau dari dibaham harimau bintang.Pihak orang asli menganggap harimau bintang sebagai tuhan kematian.Pabila Mastod terselamat dari harimau bintang,ramai yang menganggap beliau mempunyai umur sepanjang hayat.Beliau juga mahir dalam memburu di hutan.Selok-belok hutan sudah menjadi kebiasaannya,dia mampu mengetahui apa yang berlaku di barat pabila die berada di timur.Seperti dia mampu “berkomunikasi” dengan hutan.

“Orang muda..bangun kamuk” kata Mastod sambil mengangkat badan Fauzi.Dia memapah Fauzi keluar dari pondok dan serta –merta mata Fauzi terbeliak dan dia diam tergamam.Kini,dia…

Wednesday, March 17, 2010

Pengumuman

Dengan ini dimaklumkan Blog ini akan beroperasi semula selepas 1 minggu dari tarikh 15/3/2010 atas sebab-sebab tertentu.Terima kasih.

Dari,

M.Danny

Saturday, March 6, 2010

BAB 13 : Satu jalinan

“Assalammualaikum” salam kedengaran di belakang Radiah.Dia berpaling dan terus tergamam.Di hadapan dia kini seorang wanita yang pernah dia temui bersama Razak di taman beberapa bulan yang lalu. “Wa’alaikumsalam, kita pernah jumpa kan?” kekok Radiah bertanya.Dia bukan seorang yang cepat mesra dengan seseorang yang baru dia kenali. “Ya,akak yang datang ngan mak cik Fauziah..saya anak Pak Razak” jawab wanita itu sambil tersenyum.Dari situ Radiah mula senang dengannya.Mereka berkenalan dan mula bermesra dan menjadi rapat.Bila Radiah tension di pejabat,dia akan menghubungi wanita itu dan berjalan-jalan mengambil angin.Tapi,hatinya masih belum menerima hakikat Razak ayahnya.

“Kak,nak Tanya la..betul kea pa yang mak cik Fauziah bagitau hari tu?” tanya wanita itu ketika mereka menunggu makanan di restoren Secret Recipes di Mid Valley. “Ha! Opss,sorry…akak terkejut adik Tanya soalan tu..sebenarnya,memang betul” jawab Radiah.Dia tersentak dengan soalan itu,padahal sudah 3 bulan mereka berkawan baru sekarang soalan itu ditanya.Senyap dan kedengaran Adrenalin Faizal Tahir.

rangkap satu

kata mula pendahuluanku

salam mula cara kita

sejahtera semua

jangan banyak jangan sikit

sederhana cukup

cara aku cara kamu

sama tak serupa

pandanganku hanya ke langit biru

sabar menanti kelam berlalu pergi

tampil matahari berlari laju

ku terbang tinggi

menuju ke bintang itu

siapa bilang siapa kata

bulan itu jauh

siapa sangka siapa tahu

naik turun aku

pandanganku hanya ke langit biru

sabar menanti kelam berlalu pergi

tampil matahari berlari laju

ku terbang tinggi

menuju ke bintang itu

kau juga aku bukan tak biasa

dah jatuh dan bangun semula

semua tahu semua tipu

benar jadi palsu

makin dekat makin mahu

adrenalin laju

berlari laju

ku terbang tinggi

menuju ke bintang itu


"Sekarang macam mana kak?" tanya wanita itu.Tenang dan mudah terima merupakan sifat yang dapat Radiah lihat pada wanita itu."Akak rasa...