Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Tuesday, March 23, 2010

BAB 14 : Kesabaran

Fauzi masih lagi belum mampu bangun dari tempat pembaringannya itu.Tulang belakangnya mula sakit setelah beberap hari terlantar di atas buluh-buluh yang diikat kemas.Kepalanya berdenyut-denyut.Dia cuba bangun,tapi tidak mempunyai kudrat.Baru dia sedari yang di kirinya terdapat seorang budak yang sedang mengasah buluh.

“Pak,kamuk suda sedarr?” tanya budak yang kemungkinan berumur 6 tahun.Fauzi tersenyum,tika ini jugalah air matanya mengalir perlahan di pipi. “Daniah..” perkataan yang terpacul dari mulutnya.Dia tidak tahu nama siapa yang dia ucapkan kerana dia kini hilang ingatan akibat hentakan yang kuat di bahagian kepalanya.

“Namma akuk Jali,inik umah bapak akuk,Mastod” ringkas pengenalan bagi fauzi yang baru sahaja sedar.Otaknya ligat berputar bagi memahami dan menafsir setiap perkataan yang disebut oleh anak kecil itu.Matanya perlahan-lahan terkatup…

*****

“Mama,papa bila nak balik ni?lama betul papa keluar pegi keje” soalan itu sentiasa ditanya Danaih setiap sejam sekali kerana kerinduan kepada bapanya kini sudah sampai kemuncak.Diam sambil melarikan kerisauan dari diri anak kecil itu sahaja mampu Humaira lakukan. “Papa keje luar la dik” itu sahaja jawapan yang mampu menyenyapkan seketika Daniah dari bertanya lagi.

Humaira melihat ke luar jendela.Matanya terus tertumpu ke pagar gerbang rumahnya.Mengharap kereta suaminya masuk ke halaman rumah.Semua itu hanya harapan yang masih belum terjadi.Pihak polis masih lagi menjejaki suaminya setelah bangkai kereta ditemui di dalam gaung.Hatinya sentiasa berdoa agar ditemukan semula dengan suaminya tercinta.Dia mahukan kehidupan bahagia yang dulu.Doa dan harapan sahaja yang mampu dia sandarkan….

*****

Pintu pondok terkuak.Kelihatan seorang tua berbadan tergap berkulit gelap melankah masuk menuju ke pembaringan Fauzi.Dia memeriksa luka-luka di badan Fauzi sambil meletak sedikit herba-herba yang dikutip di hutan.Atas pembeljaran tidak formal la dia berjaya mengenali daun-daun hutang yang mempunyai kelebihan menyembuh.

Mastod.Nama itu mampu mengegarkan hati siapa yang mendengar.Nama itu pernah masyhur dengan terselamatnya beliau dari dibaham harimau bintang.Pihak orang asli menganggap harimau bintang sebagai tuhan kematian.Pabila Mastod terselamat dari harimau bintang,ramai yang menganggap beliau mempunyai umur sepanjang hayat.Beliau juga mahir dalam memburu di hutan.Selok-belok hutan sudah menjadi kebiasaannya,dia mampu mengetahui apa yang berlaku di barat pabila die berada di timur.Seperti dia mampu “berkomunikasi” dengan hutan.

“Orang muda..bangun kamuk” kata Mastod sambil mengangkat badan Fauzi.Dia memapah Fauzi keluar dari pondok dan serta –merta mata Fauzi terbeliak dan dia diam tergamam.Kini,dia…

No comments:

Post a Comment