Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Tuesday, December 15, 2009

BAB 4:Ku Lihat Dia Membesar

Daniah menghampiri mamanya perlahan-lahan.Tika itu Humaira sedang mengemas meja kerja suaminya. “Assalammualaikum mama..hehe..” ucap Daniah sambil tersengih-sengih umpama kerang busuk. “Wa’alaikumsalam.Anak mama nak apa ni?” tanya Humaira walaupun sudah mengetahui apa yang dimahukan oleh Daniah.Seperti malam sebelum ini,tepat jam 11 malam Kisah Tidurmu membuka tirai. “Ala..mama saje je kan?” rungut Daniah pabila mendengar soalan mamanya itu. “Ye la..sebelum tu mama nak dengar.Apa nama-nama muazzin(tukang azan) Rasulullah?” soal Humaira sebelum memulakan bercerita. “Ermm..jap-jap,Dani nak ingat balik.Ha! 1..Bilal ibn Rabah 2..Abdullah ibn ‘Amru ibn Ummi Maktum al A’ma 3..Sa’d al Quraz 4..Abu Mahzurah.Betul tak?” dengan petah Daniah menjawab.Sedikit pun tidak silap nama-nama muezzin Rasulullah.

Pendekatan yang elok disemai dalam diri anak kecil itu.Segala yang berkaitan Rasulullah diterap ilmunya ke dalam ingatan anak kecil itu. “Betul semuanya.Pandai anak mama.Jom pi naik katil” ajak Humaira sambil mengelap tangannya dengan sehelai kain.

“Mana baby tu mama?” tanya Daniah setelah berada di atas katil di kamarnya. “Sabar la.Ee..geramnya.Tunggu mama citer dulu baru tahu.Ok?” balas Humaira sambil mencubit pipi gebu anaknya itu. “Sakit ar!!” jerit Daniah.Kisah bermula…

“Anak kita..”. “Bang!!anak abang!!” laung Pak Ngah dari bawah rumah sambil menuju kea rah Hadi.Bayangan Edah lesap.Kini dia melihat Pak Ngah berada di hadapannya.Pak Ngah memegang bahu Hadi dan berkata “Polis dah jumpa anak abang.Kat hentian bas sana” kata Pak Ngah sambil jarinya menuding ke satu sudut rumah.Hadi seperti orang gila.Tersenyum….

Radiah.Satu nama yang diberi kepada anak tunggal Hadi dan arwah Edah.Kini 14 tahun berlalu.Hadi sudah boleh melupakan trajedi yang berlaku.Tetapi cintanya hanya pada Edah.Dah banyak janda mengacaunya pabila dia menjadi duda.Radiah kini belajar di sekolah menengah satu-satunya di kampung itu.Anak gadis yang manis senyumannya.Cuma keras kepala sama seperti arwah Edah.

“Radiah! Ayah mahu ke kebun.Jangan lupa kunci pintu ye!!” laung Hadi dari atas basikalnya.Cuaca mendung ,kelihatan awan gelap menutup sinaran matahari.Hadi mengayuh basikal tuanya yang uzur menuju ke kebun.Radiah keseorangan di rumah.Pabila dia mahu menutup rapat daun pintu.Satu tangan dari luar menahan pintu dari ditutup.Dan….

“Krinngg!!krinngg!!” . “Mama pi jawab telefon dulu ye.Nanti mama sambung” kata Humaira pabila kedengaran telefon berdering di ruang tamu.Deringan senyap pabila telefon diangkat.

“Mira! Ayah kemalangan masa balik surau tadi.Sekarang kat ICU Hospital Seremban.Datang cepat tau”ucap satu suara di hujung corong telefon. “Astaghfirullah,sekejap lagi Mira dating lepas abang Fauzi balik.Diah call semua keluarga,bagitau pasal ni” balas Humaira.Hatinya tidak tenang.Seperti kaca yang dihempas ke batu.Hatinya gelisah pabila terbayang wajah ayahnya. “Kenapa mama?” soal Daniah.

“Atuk kamu sayang….” Itulah jawapan yang mampu Humaira berikan.

No comments:

Post a Comment