Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Thursday, January 28, 2010

BAB 5 : Selamat Malam

Biarkan berlalu

Semua kepedihanmu

Lelapkan matamu

Biarkan mimpi membawamu

Ke mana kau mahu

Selamat malam..tidurlah sayangku

Siangkan tiba bercahaya

Bermula baru…semua untukmu

Biarkan..berlabuh..tirai kisah semalam

Yang indah itu ada..padamu

Dengan setiap impian dan harapan

Selamat malam…tidurlah..sayangku

Kedengaran lagu Faizal Tahir di ruang ICU hospital Seremban. Seorang mangsa kemalangan sedang bertarung nyawa di dalamnya. Kelihatan seorang anak gadis sunti berdiri di luar pintu ICU. Mukanya risau sambil menggenggam erat telefon bimbitnya.

“Nurse,mana wad ICU?” tanya Humiara setiba di kaunter pendaftaran. Segera Humaira sambil mendukung Daniah menuju ke arah yang ditunjukkan. Fauzi berada di kawasan letak kereta kerana tiada kekosongan lot. “Assalammualaikum Mak Su” salam Daniah kepada adik mamanya.

“Ayah macam mana?” soal Humaira. “Masih dalam wad.Diah takut la kak” kata anak gadis itu. “Sabar.Doa banyak-banyak,itu cara terbaik” balas Humaira bagi mengurangkan kerisauan adiknya itu. “Mama,Dani nak dengar cerita boleh tak?” pinta Daniah. Humaira senyap,hatinya kini hanya memohon agar ayahnya selamat.

“Biar Mak Su cerita,pasal keluarga Hadi kan?” kata Mak Su pabila melihat permintaan anak sedara sulungnya itu tidak dilayan oleh Humaira.

“Sampai mana mama Daniah cerita?” Tanya Mak Su bagi mengetahui di mana harus dia sambung cerita itu. “Sampai Hadi pergi kebun dan ada orang nak masuk rumah Radiah” petah lisan anak kecil itu bertutur. Itulah anugerah Allah kepada setiap anak kecil. “Owh..sekejep ye.Nak ingat.Dah lama tak bercerita.Maklum la,anak dara lagi kan” kata Mak Su bagi menimbulkan kegembiraan di hatinya yang suram. “Ha,camni ceritanya…..

No comments:

Post a Comment