Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Thursday, January 28, 2010

BAB 6 : Kenali Temanmu

“Radiah..” kedengaran suara mesra di muka pintu. “La..kau rupanya Ira” balas Radiah kepada Mahira,kawan sekelasnya di sekolah. “Kau sorang-sorang je duduk rumah time hari cuti?” tanya Mahira. “iyew la..takkan la ayah aku nak kahwin sorang lagi.Alamat lain la kalau dia nak pon” balas Radiah sambil menuang air teh kepada kawannya itu.Mereka berdua rancak berbual hinggalah…

“Radiah!!” laung Hadi. “ye ayah..” Radiah tergesa-gesa menyambut kepulangan ayahnya dari kebun.Dia berlari dari meja makan meninggalkan Mahira keseorangan. “Kenapa tak ditutup pintu ni?” pekik Hadi. Radiah senyap membisu. Hadi berjalan laju ke bilik dan sempat menjeling ke arah Mahira. “Kenapa ayah kau tu Radiah?” tanya Mahira pabila melihat keadaan ayah kawan baiknya itu.“Dia tak nak perkara yang lalu berulang” balas Radiah.

6 tahun berlalu…..

20 tahun usia Radiah.Kini,dia mula menjinakkan diri dengan alam perniagaan selepas menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Dengan berkat doa ayahnya di kampung,dia hidup selesa di Kuala Lumur dan segala urusan berjalan lancar. Semuacabaran membuatkan dia bertambah tabah. Hinggalah tiba suatu hari,ketabahan hatinya teruji...

“Anak ni namanya siapa?” tanya makcik yang meniaga kuih di hadapan rumah Radiah. “Radiah bte Hadi,makcik” balas Radiah sopan dan lembut. “Hormati orang tua..” salah satu pesanan ayahnya sebelum melepaskan Radiah keluar dari kawasan kampung. “Muka anak ni macam pernah makcik nampak..anak kenal tak Sufiyah?” tanya makcik itu selepas mendapat jawapan soalan pertamanya. “Tak.Makcik Piyah kampung saya ada la..dia dah lama takde” balas Radiah soalan kedua dari makcik itu. “Cuba tengok gambar ni..” kata macik itu sambil menghulurkan sekeping gambar antik yang berwarna coklat.

Kelihatan dua orang gadis berdiri di bawah pohon rambutan di dalam gambar yang dihulurkan. “Makcik yang berambut kerenting kan? Sorang lagi..Ha!!” tanya Radiah dan gambar seorang lagi gadis memeranjatkan dia. “A’ah..baru kamu faham.Sorang lagi tu kawan lama makcik..Sufiyah”.

Muka,lesung pipit,bibir mugil dan kening nipis. Serupa hampir 100% wajah Sufiyah dengan Radiah. “Kamu ada kesan tanda lahir di lengan.Betul tak” tanya makcik itu bagi mendapatkan kepastian. Radiah menyinsing lengan bajunya dan kelihatan tanda lahirnya. “Makcik yang sambut kamu,nak..” kata makcik itu pabila melihat kebingunggan menyelebunggi Radiah.

“Sapa ayah saya makcik?” tanya Radiah kepada makcik yang member die kejutan besar pada dirinya itu. “Razak..itu nama ayah kamu” balas makcik itu. Ketika itu juga hati Radiah remuk menerima kenyataan yang berat bagi dirinya untuk menerima.

Air matanya mengalir perlahan di pipi. Hangat seiring dengan keruntunan jiwanya. Makcik itu memegang bahu Radiah dan berkata “Mari ikut makcik..ada yang perlu kamu jumpa”

No comments:

Post a Comment