Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Thursday, January 28, 2010

BAB 7 : Remuk Hati Si Kecil

“Lala..lala..” suara garau Razak kedengaran seiring dengan kicauan burung yang bertenggek di pohon pokok meranti di taman yang serba indah itu.Burung Punai Emas..nama saintifiknya Caloenas nicobarica merupakan sejenis burung yang jarang dijumpai.Ia hanya hidup di pulau-pulau yang tidak dihuni manusia. Burung Punai Emas merupakan burung merpati yang besar dan berat, dengan panjangnya 40 sentimeter. Sebahagian besar burung ini berwarna hijau metalik, dengan bulu sua leher berwarna hijau dan tembaga. Kepala, leher atasan, dan dada, serta bulu pelepah terbangnya berwarna kelabu tua. Ekornya amat pendek dan berwarna putih tulen. Adanya sebiji bongol hitam pada pangkal paruhnya, dan kaki-kakinya yang kuat berwarna merah tua.Burung betina, termasuk bongol paruh, dan bulu suanya, adalah lebih kecil berbanding dengan burung jantan. Bahagian bawah burung betina juga berwarna lebih perang. Ekor burung yang belum dewasa berwarna hitam.Burung itu berada menemani Razak setiap hari pabila Razak duduk bersantai di bawah pohon meranti tiap-tiap petang.Taman yang mempunya pokok meranti yang banyak mengelilingi kolam air pancut.

Razak mencari kedamaian di situ tiap-tiap petang setelah penat membanting tulang di kebun-kebunya. “Ayah…” kedengaran suara lunak seorang anak gadis memanggil Razak dari belakang.Lantas Razak berpaling sambil tersenyum tatkala melihat empunya diri yang memanggil.

“Ira..tak payah susah-susah bawa minuman petang ke sini.Nanti ayah balik minum la” ucapan yang sememangnya ditutur oleh Razak tiap kali anak gadisnya itu membawa minuman petangnya ke taman itu.Taman itu hanya seberang jalan dari kediaman Razak.Senyum..itu lah jawapan setiap kali Razak mengucapkan kata-kata tadi. “Bukan apa yah,Ira pun bosan mengadap laptop sepanjang masa.Nak jugak lepak kat sini” ucap anak gadis itu sambil duduk di sisi ayahnya.Burung berkicauan merdu menandakan kedamaian taman itu.Anak beranak itu membisu bagi menghayati kalimah alam.


“Itu lah Razak,bapa kamu..” kata Fauziah.Radiah masih belum dapat terima kenyataan mak cik penjual kuih yang bernama Fauziah yang baru sahaja dia kenal,dia sekadar senyap membisu.Mereka berdua mengintip anak beranak yang berada di taman dari balik sepohon pokok meranti. “Apa buktinya mak cik?” tanya Radiah bagi mendapat keyakinan kenyataan Fauziah. “Sebentar lagi kamu tahu”.


Razak bangun dari bangku kayu taman setelah anak gadisnya meminta izin pulang terlebih dahulu.Dia melepasi pohon meranti yang Radiah dan Fauziah sembunyi tadi.Beberapa tapak sahaja,Fauziah memanggil nama Razak “Razak!!”.Razak berhenti menapak dan berpaling.Terkejut.Itulah perasaan yang menerjah dadanya.

“Fauziah?..kenapa kau ada di sini?” tanya Razak.Fauziah sekadar tersenyum.Razak terpingga.Radiah membisu. “Sapa dia ni Fauziah??Muka dia macam…” tanya Razak pabila melihat Radiah.Fauziah senyum dan berkata “Dia ni…..

No comments:

Post a Comment