Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Sunday, February 7, 2010

BAB 8 : Erti Kehidupan

“Cik Mardiah,ayah cik dah mula sedarkan diri.Buat sementara ini ahli keluarga terdekat sahaja boleh melawat,dipersilakan” terang jururawat kepada Mardiah.Humaira bangun mendapatkan anak dan adiknya. “Tok dah ok ke mama?” Tanya Daniah sambil membetulkan tudung pink kesukaannya yang serabut ketika dia khusyuk mendengar cerita mak su nya.Humaira senyum sahaja sebagai jawapan memuaskan hati anak tunggalnya itu.Fauzi menghampiri mereka selepas menyapa adik iparnya.Mereka berempat berjalan masuk ke dalam wad.Ketika ini dari bola mata anak kecil melihat pesakit-pesakit yang dikeliling mereka ahli keluarga tercinta.

“Camni ke kehidupan?ada sakit dan sihat.Bila sihat lupa pada sakit,bila sakit ingat pada sihat” bisik hati kecil Daniah.Dia menggenggam tangan mamanya erat pabila melihat seorang pesakit yang kemalangan sehingga mukanya dibalut.Daniah tersenyum pabila melihat atuknya berada di atas katil yang sedang tersenyum lebar dan berkata “Ala..cucu atuk pun datang juga”.

Daniah melompat ke atas katil dan duduk di pangkuan atuknya.Humaira dan Mardiah memanjatkan kesyukuran pabila melihat gelagat ayahnya bersama Daniah.Girang dan murah senyuman,itu lah sifat Daniah yang dia warisi dari atuknya. “Geli la tuk!” lantang suara Daniah pabila atuknya mencuit perutnya.

“Shuu!! senyap sikit boleh tak? sini hospital,bukan taman” tegur jururawat yang bertugas kepada mereka berdua. “Ok..” Daniah berkata lantaran teguran tadi bersama senyuman manis. “Sebab tu atuk nak keluar malam ni juga,kat sini orang garang-garang..hehe” lantas Daniah ketawa girang.Fauzi membawa isteri dan adik iparnya ke café hospital,meninggalkan anak kesayangannya bersama atuknya.

“Tok,Dani nak dengar citer dari atok lak boleh?” pinta si anak kecil tu. “Insya’allah,cerita apa Daniah nak dengar?” tanya atuk kepada cucu kesayangannya dengan lembut.Dengan kanak-kanak yang berusia seperti Daniah,memerlukan kelembutan dalam pertuturan agar tidak terluka hati kecilnya itu. “Mak Su citer pasal Radiah jumpa Razak” petah dan jelas Daniah bertutur. “Owh..” hanya itu balasan si atok pabila mendengar kata-kata cucunya itu. “Insya’allah,atok sambung sekarang…”

“Dia ni…Sufiyyah?” ucap Razak sambil mimic mukanya seperti tidak percaya.Perempuan yang bergelar isterinya dahulu kini muncul di hadapan matanya tanpa diduga. “Mana mungkin,Sufiyyah dah meninggal” air mata kelihatan di kelopak mata Razak.Sayu hari Radiah melihat seorang lelaki tua yang berada di hadapannya kini perlu dia terima sebagai ayah kandungnya. “Ni Radiah..anak kamu” Fauziah berkata begitu bagi meredakan perasaan Razak.

“Ayah!!” panggilan kedengaran di belakang Razak.Anak gadis yang membawa dulang minuman petang tadi berada di belakang Razak dan dia mendengar apa yang Fauziah katakan. “Ira,ayah tak tahu apa-apa” ucap Razak bagi menerangkan situasi yang berlaku.Belum sempat Fauziah membuka mulut,si anak berlari dari situ dan….

No comments:

Post a Comment