Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Tuesday, December 15, 2009

BAB 1:Mama..adik tak boleh tidur

Nama saya Humaira bt Sa’don.Saya baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran satu-satunya anak tunggal saya dan suami tercinta,Fauzi b Akmal.Nur Daniah…itu nama yang tiap-tiap hari saya dan suami tuturkan setelah lama memikirkan nama yang sesuai bagi anak kecil itu.Kami bertiga tinggal berjauhan dari bandar kerana suasana yang tenang dan terhindar dari anasir-anasir negetif perlu dititik beratkan dalam proses pembesaran anak yang suci seperti kain putih.Umur Daniah mencecah 6 tahun.Kini sudah tiba masanya dia mempelajari suasana kehidupan sebagai seorang insan di muka bumi ini.Bermula malam ini,saya akan memceritakan sedikit-sebanyak kisah-kisah yang penuh teladan agar dia dapat pengajaran sebagai bekalan hidupnya kelak.

“Kejap ye adik..mama nak bancuh susu dulu”laung Humaira pabila mendengar kalimah “mama” terpacul di bibir anak kecil yang berdiri di tepi pintu.Berpakaian tidur berwarna biru dan tangannya memegang anak patung beruang.Patung itu diseret ke sana ke mari.Jarinya tidak lekang di bibir dan pipi gebunya itu penuh berwarna putih dek lapisan bedak.

“Mama..Dani nak tido ar..”rengek anak kecil dengan nada merayu agar mamanya lakukan pekerjaan dengan pantas.”Dik,bukan Dani..Daniah.Penat tau Papa dan Mama letak nama sedap tu”tegur Humaira lembut.Daniah sekadar tersenyum.Terserlah lesung pipit di tepi bibirnya yang kemerahan.Anak kecil itu mula gelisah dengan mengambil sudu besi yang terjatuh di lantai dan mula bermain.Imiginasi anak kecil itu hampir pergi jauh.Namun,Humaira segera mengambil sudu besi itu sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Adik..jom masuk bilik.Masa tidur dah sampai..adik budak baik kan..”pujuk Humaira sambil mengelap kering tangannya yang basah.Perut tangannya di sambar Daniah dan mereka berjalan menuju ke kamar tidur anak kecil itu.

“Tidur ye..mmuuaah”ucap Humaira sambil mencium dahi Daniah.Lantas Humaira bangkit dari katil anaknya itu sambil memadam lampu kecil di sisi katil.Berjalan perlahan-lahan kebelakang sambil melihat wajah ayu anak kesayangannya itu.Pintu ditutup rapat.

Beberapa tapak sahaja Humaira melangkah ke ruang tamu untuk menunggu suami kesayangan pulang dari mencari rezeki,kedengaran suara rengekan di belakangnya.”Mama…Dani tak boleh tido la..huhu”.Senyum,itu lah yang mampu seorang ibu lakukan.Melayan kerenah manja anak yang sorang.”Tu la,mama cakap adik jangan tidur petang.Kan dah tak boleh tidur”balas tutur Humaira lembut bagi memujuk anaknya yang berasa tidak selesa dengan matanya yang tidak dapat dilelapkan.

“Adik..mari sini duduk ngan mama.Mama nak citer Kisah TidurMu”panggil Humaira.”Yeye..”dengan riangnya Daniah berlari menuju ke arah mamanya.Daniah baring di pangkuan mamanya yang sedang melipat kain jemuran.

“Kisah nya bermula…..

Bermula kisah seorang ibu memberi pembelajaran kehidupan kepada anak kecilnya…..

No comments:

Post a Comment