Kisah Tidurmu

Kisah Tidurmu

Thursday, February 18, 2010

BAB 12 : Embun menemani aku

Radiah masih belum dapat melelapkan matanya.Terkebil-kebil melihat ke syiling rumah.Sekejap menghadap kanan,sekejap ke kiri.Dia tidak selesa,bukan kerana tilam yang tidak empuk.Cuma hatinya masih lagi bermain persoalan yang menghantui dirinya baru-baru ini.

“Kenapa aku ni?” pertanyaan yang dilontar kepada dirinya sendiri.Dia bangkit dari katil dan pergi ke jendela rumah.Jendela diselak buka.Kelihatan halaman rumah yang tenang.Bulan hari itu penuh mengambang.Radiah dongak ke langit.Bintang-bintang berkelipan seperti menyapa dirinya.Jarang dia melihat bintang di Kuala Lumpur.

“Mata kamu semua menerima cahaya yang banyak,oleh itu cahaya bintang yang sedikit itu tidak dapat mata kamu semua kesan dan menzahirkannya” kata-kata Cikgu Raja yang mengajar Sains masih lagi Radiah ingat.Cengkerik masih lagi berbunyi dan kabus mula menjelma.Embun pagi menemani dirinya.Selalunya orang tua melarang anak-anak mereka ‘berembun’ sebab takut kurap timbul. “Hehe..” tersengih keseorangan.Ayahnya pernah melarang dia ‘berembun’,dan memori itu masih lagi segar dalam ingatannya.

Kedengaran batuk-batuk kecil di bilik ayahnya.Lantas Radiah menuju ke dapur dan mengambil sedikit air suam di dalam termos.Pintu bilik ayahhnya ditolak.Hadi sedang dudukdi atas katil sambil menggosok dadanya.Radiah duduk di tepi katil ayahnya dan member ayahnya minum.Hadi senyum tanda terima kasih dan dia bersyukur mempunyai Radiah di sisi.Satu-satunya anaknya yang dia punyai di dunia ini.

“Ayah sayang kamu Diah,kamu satu-satunya anak ayah” itu lah yang di katakana Hadi sebelum rebah ke katil.Pengsan.Radiah cemas. “Ayah!!Ayah!!” sambil menggoncang tubuh ayahnya.

******************************************************************

Tanah kubur Hadi masih lagi merah.Radiah duduk di tepi kubur itu sambil ditemani Pak Lang.Sudah 3 hari ayahnya pergi meninggalkan dia buat selamanya.Dia tabah dan redha dengan apa yang berlaku. “Mari kita balik,nak.Hari macam nak hujan ni” kata Pak Lang memujuk Radiah pulang.Dia tidak mahu seperti sebelum ini yang Radiah duduk di kubur itu beberapa jam.Radiah bangun sambil membetulkan tudungnya. “Yatim piatu…kesian budak ni” kata Pak Lang di dalam hatinya.

Mereka berdua berjalan pulang.Melalui kawasan bendang padi yang meluas di kiri dan kanan.Radiah senyap membisu dan berjalan melihat ke tanah.Dia berhenti. “Pak Lang..” katanya yang membuatkan Pak Lang turut berhenti berjalan.Kini,mereka berdua di jalan tengah sawah padi yang meluas.Tiada siapa di situ.Matahari memancar cahaya agak sedikit kerana sebahagiannya ditutupi awan mendung. “Radiah bukan anak ayah kan?” persoalan itu ditanya kepada Pak Lang.Pak Lang tunduk. Dia seperti ada yang mahu diucapkan tapi lidahnya kelu membisu seperti dikunci satu rantai.

“Huuh..” Pak Lang sekadar mengeluh dan berpaling bagi menghadap anak saudaranya itu.Dia rasakan kini sudah tiba masanya rahsia yang dia pegang itu diketahui oleh Radiah.“Sebenarnya sudah lama Pak Lang simpan rahsia ni.Ayah kamu pun tidak tahu.Semuanya bermula dengan…..

No comments:

Post a Comment